Friday, December 24, 2010

Beramal-lah seperti esok kamu akan mati

Friday, December 24, 2010
Hari ini aku nukilkan satu perkara yang terrbuku selama ini.Perkara yang tidak pernah aku fikir sebelum ini datang menjengah selalu akhir2 ini.Pada umur aku 26 ini,aku terasa amalku sangat la sikit,Solat 5 waktu hanya menjadi kewajipan tetapi dengan perkara2 lagho yang ada zaman ini,adakah kite akan ditempatkan syurga?Perkara paling penting,setiap amal kamu perlu dihisap.Ini bermakna manusia perlu melalui balasan yang setimpal dengan apa jua yang dibuat dan azab yang pedih menanti.

Mengenang keadaan aku ini,kalu esoknya kita dipanggil Ilahi,adakah aku bersedia?Cukupkah amal?Ramai kata nnt tua2 aku beramallah.Tapi kalu umur 40 baru nak beramal,maksudnya dari umur 1-40 kita relax?Maksudnya 20 tahun je kite beramal?Hmm..adakah kite bersedia?No..Aku tak bersedia andai Kau datang mengambil nyawaku.

Membandingkan aku dengan sahabat2 nabi,maka aku ini tidak layak untuk berganding dengan sebarisan Rasul dan para sahabat.Tapi jauh di sudut hati,aku ingin menghabiskan usia ini dengan pengakhiran yang baik.Adakah tuhan memberi laluan itu untuk insan seperti aku?Ntah.Tak sanggup rasanya nak mengenangkan.Terkadang dalam daily life,kite mengutuk,umpat,gelak besar berdekah2,masbuk dalam solat,solat bersendirian,solat di hujung waktu.Hmmm...semuanya kurang.Tapi aku dan kamu berikanlah yang terbaik,kita menuju dan memperbaiki dan cuba menjadi yang terbaik untuk-Nya.Aku yakin Tuhan sentiasa memberi jalan untukku membuat apa yang disuruh-Nya dan meninggalkan larangan-Nya sebaik mungkin.Semoga jalan yang ku pilih kali ini tepat.Misi ku ingin menjadi lebih baik dari esok.

Ya Allah,tempatkan aku pada tempat orang yang beriman.Iman kita pasang surut.Senipis kulit bawang.Kadang-kadang rasa beriman dan seringkali alpa.Cubalah seimbangkan sebaik mungkin.Tutur kata dijaga.Hanya dengan mengingat mati,akan tergerak hati untuk ku berusaha melipat kali gandakan.Bekalan itu mesti cukup.Kerana akhirat tempat kekal selama-Nya.

0 comments:

Post a Comment

 
◄Design by Pocket, BlogBulk Blogger TemplatesThe Blog Full of Games;