Thursday, March 3, 2011

Jari yang berbicara

Thursday, March 3, 2011 0
Hari ini aku menenggelamkan diri aku dalam satu potong fikiran melayang entah ke mana.Aku ingin mengabdikan blog ini bukan kerana aku mahu ianya terkenal atau menjana pendapatan seperti mana yang telah dibuat oleh orang lain.Pada aku blog ini merupakan tempat kite memahat sejarah seharian yang berlaku pada hari-hari yang tidak mungkin diingati sepenuhnya oleh kotak fikiran kita pada masa-masa yang lama.

Kali ini aku ingin bertanya pada diri aku?Pada umur 27 ini adakah aku sudah cukup amalku?Bolehkah aku diterima sebgai ahli syurga ketika aku menghembuskan nafaas terakhir?

Aku terasa aku adalah memang out untuk Allah terima memandangkan berapa banyak dosa yang telah aku lakukan!Hmm...tapi Islam menggariskan pelbagai cara untuk kita memperbaiki diri agar diterima semula.

Berbuat baik mudah tetapi "meninggalkan yang haram serta membuat yang disuruh oleh-Nya" sukar untuk zaman sekarang?

Satu contoh yang paling mudah aku katakan.Adakah kamu boleh menonton T.V.?Wayang?Hmm..jawab sendiri..realitinya ia adalah haram.Kenapa?Kerana apa yang dipaparkan di dalamnya adalah orang-orang mendedahkan aurat.Mana mungkin kita boleh menonton rancangan-rancangan seegini.Tapi ia sudah menjadi trend skarang.Malahan sewaktu sekolah agama pun kami tidak dilarang menonton televisyen.

Bertanya pada diriku?Adakah aku boleh meninggalkan televisyen?Sukar!Suasana membentuk masyarakat.Hmmm...

Solat 5 waktu?Berapa banyak aku tinggalkan?Hmm..teruk aku!Ntah. 

Biarlah waktu sekarang mendorong aku cuba untuk berubah sikit demi sedikit.Aku cuba!ALLAHUAKBAR!





 
◄Design by Pocket, BlogBulk Blogger TemplatesThe Blog Full of Games;