Wednesday, October 13, 2010

Bos?Pada penilaian aku..

Wednesday, October 13, 2010
Dah banyak tempat aku berkerja dan macam2 tempat aku pernah jumpa orang.Orang yang paling perlu di respect adalah bos kita.Kadang2 ada bos yang garang,professional,baik dan pelbagai lagi.

Aku pernah mendapat bos yang paling baik.Bos aku dulu En. Roslan masa kerja di KLIA.Perwatakan nya lemah lembut.Kalu nak marah pun sindiran aje.Mungkin perwatakan dia yang alim membuatkan die sangat senang buat aku.Muka nya pun jernih macam air mutlak suci tanpa was2.

Ada juga yang garang tak bertempat.Pada aku , kalu kamu menjadi bos.jgn la garang sgt..kasi la relevan sikit.Kadang2 bertanya pun di marahi.Pada aku tak patut la.Tempat yang baru untuk orang yang baru sepatutnya berikan peluang orang itu nak catch up.Hmmm...

Tp bila umur dah meningkat dewasa ni,aku mengenali manusia itu dijadikan pelbagai.Ada yang baik hati,ada yang tak relevan.pentingkan diri.ada yang bossy,ada yang dengki,ada yang pendiam.ada nampak baik tapi jahat dan pelbagai.

Mulut manis pun ada.Aku rasa aku ni pendiam di tempat baru.Tetapi aku selalu dapat overcome benda tu sekiranya aku dalam tertekan.Aku relevan pada masa dan keadaan.Kadang pendiam tu memakan diri.Orang pijak kepala kita.Tapi itu lah asam garam dunia.

Untuk esok.aku kena bertindak cepat sbb bos dah marah aku buat keje lambat yakni lambat memulakan lawatan ke kilang dengan jumlah 10 kali lawatan.Kaedahnya aku terpaksa mengikut senior auditor yang aku tak kenal sekiranya mereka membuat siri lawaran.Tetapi adalah sgt sukar untuk mencari titik pertembungan.Bertanya pada orang yang kita tak kenal,adakah mereka willing to ajak aku?Hmm..aku berserah esok.Esok aku akan bertanya sama ada diorang willing to allow me to follow...InsyaAllah..Tuhan tak pernah kecewakan HambaNya....

I  know I can do it tomorrow!!!!

0 comments:

Post a Comment

 
◄Design by Pocket, BlogBulk Blogger TemplatesThe Blog Full of Games;