Sunday, May 22, 2011

Halo world

Sunday, May 22, 2011
Hari ini hari  ahad.Tak tau nak buat ape.Balik semalam dari jumpa zen and rashid pukul 2 pagi baru sampai rumah.Kecewa sikit sebab main bowling kalah teruk.Not so bad actually but lane kat Ampang superbowl tu memang lain.Aku pakai taktik biasa aje.Tapi bola tu menyimpang ke kanan for every balingan yang aku buat.Baru aku perasan,setiap tempat bowling,tahap kepekaan lane itu berbeza.Aku mungkin hebat di Shah Alam tetapi belum tentu di tempat lain.Sebab lane yang kasar,cara balingan nyer agak lain.So aku pun pening gak juga ngan prestasi aku.Selalu aku akan dapat 130 ++ dan ke atas.Hari tu paling tinggi pun dapat 125 je camtu.

Lepas ni,aku akan bermain dengan lebih gigih lagi.Aku cukup seronok bermain sukan.ia menghilangkan masalah aku seketika.Rasa enjoy dari saja2 lepak atau tengok wayang.Lebih seronok dari pergi window shopping.Itula kegilaaan aku sekarang.Aku tak kisah aku kalah kali ni,tapi aku akan terus memperbaikinya.Wow.Seolah2 aku ada satu titik fokus yang aku nak buat je sekarang.

Hari ni hari ahad.Pagi tadi aku basuh baju,bilik air(dah berkarat ok!) dan kemas rumah.Then pi la makan kat kedai mamak.Lepas tu aku qada' solat aku.Semalam aku tinggal solat beberapa waktu.Teruk giler!Aku qada'.Aku ada tengok rancangan tanyalah Ustaz kat tv9.Harun Din bagi ceramah.Katanya,qada solat boleh,tapi kita berdosa dengan masa sebab kite solat pada waktu yang salah.Mulai hari tu,aku berazam untuk qada' semua solat aku yang tertinggal.Banyak,tapi aku akan cover sebelum Tuhan datang menjemput aku,biarlah menunaikan apa yang Dia wajibkan.

Aku dah kira zakat pendapatan aku yang aku tak bayar,lebih kurang 2400 ringgit untuk 3 tahun yang aku tak bayar.Aku akan bayar dalam masa terdekat ini.Then,aku akan bayar tiap2 tahun.Tak nak tangguh lagi.

Semalam sembang ngan zen & rosik , it was a very good day for me.I were enjoyed with karaoke and bowling (loser: :P) .Takpe.Seronok.Esok ingat nak main tenis or badminton ke.Pingpong.Seronok.

Jap gi malam,nak amik adik tersayang kat BTS.Dia baru balik kampung dari Mersing.Nak kerja kerana dah dapat kerja.Hope die boleh dapat kerja dengan ok.Rashid dah nak kawin and Cah pun ye.Aku?Ntah!Nanti la pikir.

Aku sekarang tengah pikir nak habiskan hutang kad kredit je ni.Giler banyak.Adoi.Laptop dari co. tak dapat2 lagi.Ishk aku pun tak tau.Adoi.Aku nak jual je netbook ni.So boleh aku langsaikan hutang kad kredit aku.Hutang hotel.Minyak.Personal.Adoi.

0 comments:

Post a Comment

 
◄Design by Pocket, BlogBulk Blogger TemplatesThe Blog Full of Games;