Wednesday, September 29, 2010

Pertama dari aku

Wednesday, September 29, 2010
Salam wahai dunia!

Dunia blog ini sudah lama aku tahu,cuma hari ini aku baru hendak memulakannya.Insya-Allah,aku ingin bercerita pada diri sendiri dan pada mereka yang membaca kerana aku kira ia hanyalah pengalaman seseorang manusia yang memulakan nafas pada tahun 1984 yang lalu dan tidak tahu pengakhirannya di tahun apa.

Menjadi seorang manusia adalah mudah tetapi untuk menjadi hamba Allah yang patuh itu bukan mudah.Banyak rintangan dan halangan dan paling penting godaan.Pada umur 26,aku telah menemui banyak asam garam yang tidak mungkin umurku 10 tahun memahaminya.Kalau tidak melalui,tidak akan pernah belajar tetapi kita akan mendengar sahaja sehinggalah kita melakukan,diperlakukan dan berlaku ke atas kita.

Aku lebih enak mengungkap seperti ini kerana banyak peristiwa yang melibatkan aku dengan manusia,haiwan,jin dan alam sekeliling memberi seribu satu cerita.Permulaan cerita ini adalah bermula pada esok, 30.9.2010 akan aku ke SIRIM kerja baru aku.Ntah macam mana la gayanya kerja di sana.Paling best aku punya letter offer telah kehilangan.Maka ia agak mengganggu fokus aku untuk report duty ke sana esok.

SIRIM Shah Alam   


Macam biasa kena gosok baju,seluar semua tapi yang berbeza kali ini ialah masuk kerja adalah sebelum pukul 8.Dahulunya kerja di tempat lama , KLIA adalah 8.15 pagi ke 9.00 pagi fleksible.

Aku ditugaskan sebagai "product certificate executive" dalam bidang kilang.Maksudnya aku bakal lari dari kerja yang dibuat dulu yakni dalam bidang pembinaan.Hati berdebar-debar untuk masuk ke tempat yang baru tetapi dengan berbekalkan pengalaman dahulu aku lebih tenang dan kali ini walau apa pun jua rintangannya aku akan tempuh dengan cekal dan tidak mahu putus asa.Jiwa kena kental barulah kite boleh berjaya dan menjadi orang yang berpengalaman.

Gentar tapi hadapi aje lah!
Apa jadi esok?Ntah la!Kita tengok esok?Tempat kerja baru..Seperti biasa projek aku tidak berhenti di sini.Band dan bisnes adalah 2 entiti berbeza akan menjadi bahan sampingan untuk memenuhi kelapangan aku.Semua ini adalah untuk memajukan diri dan aku harap kalau pun Tuhan mendengar dan memakbulkan ingin aku kembalikan kesenangan itu untuk masyarakat luar yang memerlukan.Cita-cita tidak pernah padam,ia membuatkan aku lebih fokus dalam meneruskan jalan sebagai manusia.Aku pohon keberkatan dari-Mu agar Kau redha dengan cara yang aku pilih ini.Aku cuba berikan  yang terbaik untuk Engkau kerana dari Mu aku datang dan bila aku kembali kepadaMu biarlah dengan cara baik.






0 comments:

Post a Comment

 
◄Design by Pocket, BlogBulk Blogger TemplatesThe Blog Full of Games;