Monday, December 13, 2010

Ape yang aku rasa pada umur 26 tahun?

Monday, December 13, 2010
Pada hari ni,aku baru balik dari badminton.Mmmm..penat..agaknye..Nampak mcm bos adha nak try lawan ngan aku.Aku pun tak tahu antara kalangan geng seofis aku mendapati aku antara agak terer pulak sedangkan waktu aku SPM dulu2,aku ni asyik kena belasah je ngan kawan2.Makanya,spreading all the news that i am a good badminton player.Kebetulan bos adha terer main,die pun nak try nak lawan aku.

Malangnye,court tadi penuh.Dia tunggu sampai pukul 7 pun tak dapat lawan ngan aku.Takda rezki la tu.Aku ni tak terer pun.Tp terer aku mungkin kalangan rakan ofis aje.Sbb aku penah jumpa lawan yg handal.Memang tak kasi aku chance langsung.So,aku pasti akan ada orang akan belasah aku nnt!Huhu.Tak jumpa lagi la nampaknye.

Tadi main badminton,aku ajak budak praktikal itu main sekali.Court badminton penuh.Kitorang dok tepi je.Budak tu selamber je mintak permission nak main badminton kat court yg dah penuh..Mmg aku respek la die.Sanggup tu!Aku segan nak mencelah court orang kalu orang tu tgh main.Mmg gentleman betul die!Aku respek la lu mamat!Mamat tu pandai tu.Belajar kat University of South Wales , Australia.Budak praktikal 3 bulan.Giler.Lu hebat bersukan dan pandai!Aku respek la.


Apa yang aku rasa di umur 26?Hmm..Ntah ler.Secara ikhlasnya,aku semakin islamic.Jiwa aku mahukan melakukan lebih kebaikan.Kata orang nak buat jahat,muda2.Tapi konsep tu aku takleh terima.Aku dah rasa patut aku mulakan islamic way.Tapi dari segi praktisnya,iman ku senipis kulit bawang.Solat 5 waktu perlu dipenuhi.Tp aku perlu ke masjid kalu dengar azan.Kalu tidak,tak sempurnalah solat aku.Di zaman ni,adakah aku akan menjadi ahli syurga?Nak bandingkan dengan zaman nabi dulu2,aku ni alamak,tak tahu la.

Solat itu penting.Solat itu membentuk jiwa.Satu yg perlu,kita kena berjemaah di masjid.Tak sempurna solat aku kalu tak pi ke masjid.Aku paham itu.Kita kena punctual.Kite tak boleh masbuk.Hmm..Aku tak penuhi sehingga sekarang.

Petang tadi,aku ada kutuk sorang budak pompuan ni.Hmm..sebab perangai die.Aku sakit hati.Sehingga aku luahkan pada seorang kawan.Perlu ke aku buat camtu?Tp kalu aku diam,rasa tak puas hati tak hilang.Tp patutnya aku diam dan lepaskan geram itu pada kucing ke.So tak buat dosa.Aku elakkan dosa umpat.Aku tak mahu lagi buat mcm dulu waktu aku matriks sgt teruk.

Aku harap Allah maafkan dosaku.Terlalu banyak tak terhitung.Banyak dosa.Berilah aku peluang bernafas.Aku tak cukup amal lagi!Aku akan cuba perbaiki.












0 comments:

Post a Comment

 
◄Design by Pocket, BlogBulk Blogger TemplatesThe Blog Full of Games;