Wednesday, September 29, 2010

Melangkah ke SIRIM

Wednesday, September 29, 2010
Sebagaimana yang aku duga,6.00 pagi aku dah bangun.Solat Subuh dilakukan dan persiapan dimulakan.Enjinku hidup,perjalanan aku tepat pada pukul 7.21 pagi.Awal lagi!Hujan turun mencurah-curah..Aku tunggu di dalam kereta sahaja.

Ingin saja aku naik ke kafeteria tetapi memandangkan hari hujan takut kebasahan makanya aku parking kereta betul2 depan lobi jabatan SIRIM QAS.Kemudian aku terus pergi ke kaunter dan bertanya tentang report duty.Medikal aku tak siap lagi?!So,orang H.R. tu suruh aku datang sahaja esok dan bawa laporan yang sudah siap.

Jadi hari ini kira aku gembira la.Sebab aku bercuti lagi.Yahoo!Malam ni patutnye aku ada jumpa sorang kawan ejen insuran.Patutnya kena lah jumpa sebab duit elaun harian sewaktu aku ditahan di hospital hari tu tapi Isyak dah kata dia nak bank-in kan aje duit elaun aku itu.So lega lah aku sebab hari ini aku letih sangat seharian aku kat luar,makanya aku nak merehatkan diri.

Selepas itu aku terasa ada orang sms aku di waktu petang.Rupa-rupanya drummer dari P.J.Jadinya aku terus reply la sms tu.Maka kita tengoklah progress nya nanti.

0 comments:

Post a Comment

 
◄Design by Pocket, BlogBulk Blogger TemplatesThe Blog Full of Games;