Setelah beberapa minggu ku rasakan diriku dalam kawalan.Sekarang,ia kembali lagi menghantui aku.Ntah mengapa diri aku mudah terperosok ke dalam perasaan yang membunuh jejak langkahku.Aku tak tahu sejak minggu lalu,perasaan takut dan gelisah kembali menghantuiku.
Tak tau ke mana lagi hendak aku terjemahkan perasaan aku ini.Tak tau ke mana lagi aku nak mengadu.Tuhan?Itu selalu aku lakukan.Tapi terasa yang doaku ini tidak dimakbulkan kerna aku ini slalu membuat dosa adakah Tuhan akan mendengar?Hmm..ku panjatkan tanpa henti tapi tak tahu apa akan terjadi selepas itu.
Aku semakin tertekan dengan apa yang datang menghantui aku selama ini.Kadang-kadang aku hairan bagaimana rakan-rakan lain boleh biasa-biasa sahaja tetapi aku tidak.Aku terlalu memikirkan dan aku pasti ia akan memakan diri sekiranya tidak dirawat.Aku perasan yang aku seorang.Aku kena gerakkan kaki aku seorang tanpa berteman kerana kegembiraan itu tidak tepacul lagi seperti yang aku harapkan.
Kenapa tuhan uji aku seteruk ini?Aku tidak pasti?Dia nak membawa aku ke arah perubahan ke?Tuhan sayang aku ke tidak setelah apa yang aku buat?Ntah.
Aku sudah lama meninggalkan benda ini tetapi perasaan ini semakin tergambar dengan melampaunya sejak akhir-akhir ini terutama sekali ketika aku bangun tidur,sendirian dan ketika memandu.Cepat betul fikiran ku terbayang.Aku takut aku jadi gila sebab benda-benda ini.
Tawakkal ku kepada Allah..dan aku akan cari rawatan alternatif.Insya-Allah pasti aku sembuh!