Saturday, June 18, 2011

Pengalaman

Saturday, June 18, 2011 0
Ari ni sangat relax sebab duduk rumah aje.Pagi tadi pi rumah orang kahwin.Huhu.Tak tau nak cerite.Pengalaman di India,urgh...sangat membosankan..Tak ske...Macam2..aku dah mula ngantok..Tido dulu la..

Sunday, May 22, 2011

Halo world

Sunday, May 22, 2011 0
Hari ini hari  ahad.Tak tau nak buat ape.Balik semalam dari jumpa zen and rashid pukul 2 pagi baru sampai rumah.Kecewa sikit sebab main bowling kalah teruk.Not so bad actually but lane kat Ampang superbowl tu memang lain.Aku pakai taktik biasa aje.Tapi bola tu menyimpang ke kanan for every balingan yang aku buat.Baru aku perasan,setiap tempat bowling,tahap kepekaan lane itu berbeza.Aku mungkin hebat di Shah Alam tetapi belum tentu di tempat lain.Sebab lane yang kasar,cara balingan nyer agak lain.So aku pun pening gak juga ngan prestasi aku.Selalu aku akan dapat 130 ++ dan ke atas.Hari tu paling tinggi pun dapat 125 je camtu.

Lepas ni,aku akan bermain dengan lebih gigih lagi.Aku cukup seronok bermain sukan.ia menghilangkan masalah aku seketika.Rasa enjoy dari saja2 lepak atau tengok wayang.Lebih seronok dari pergi window shopping.Itula kegilaaan aku sekarang.Aku tak kisah aku kalah kali ni,tapi aku akan terus memperbaikinya.Wow.Seolah2 aku ada satu titik fokus yang aku nak buat je sekarang.

Hari ni hari ahad.Pagi tadi aku basuh baju,bilik air(dah berkarat ok!) dan kemas rumah.Then pi la makan kat kedai mamak.Lepas tu aku qada' solat aku.Semalam aku tinggal solat beberapa waktu.Teruk giler!Aku qada'.Aku ada tengok rancangan tanyalah Ustaz kat tv9.Harun Din bagi ceramah.Katanya,qada solat boleh,tapi kita berdosa dengan masa sebab kite solat pada waktu yang salah.Mulai hari tu,aku berazam untuk qada' semua solat aku yang tertinggal.Banyak,tapi aku akan cover sebelum Tuhan datang menjemput aku,biarlah menunaikan apa yang Dia wajibkan.

Aku dah kira zakat pendapatan aku yang aku tak bayar,lebih kurang 2400 ringgit untuk 3 tahun yang aku tak bayar.Aku akan bayar dalam masa terdekat ini.Then,aku akan bayar tiap2 tahun.Tak nak tangguh lagi.

Semalam sembang ngan zen & rosik , it was a very good day for me.I were enjoyed with karaoke and bowling (loser: :P) .Takpe.Seronok.Esok ingat nak main tenis or badminton ke.Pingpong.Seronok.

Jap gi malam,nak amik adik tersayang kat BTS.Dia baru balik kampung dari Mersing.Nak kerja kerana dah dapat kerja.Hope die boleh dapat kerja dengan ok.Rashid dah nak kawin and Cah pun ye.Aku?Ntah!Nanti la pikir.

Aku sekarang tengah pikir nak habiskan hutang kad kredit je ni.Giler banyak.Adoi.Laptop dari co. tak dapat2 lagi.Ishk aku pun tak tau.Adoi.Aku nak jual je netbook ni.So boleh aku langsaikan hutang kad kredit aku.Hutang hotel.Minyak.Personal.Adoi.

Wednesday, April 27, 2011

Esok audit pertama ke Menglembu Perak

Wednesday, April 27, 2011 0
Tomorrow will be my 1st audit to Menglembu,Perak.3 hours journey will be my first experience to audit alone without senior auditor behind me.I am ready to walk alone because thats how i was made of.

I need to have early sleep because long hours of journey should tiring me a lot.

Monday, April 25, 2011

Sikit lagi aku nak qualify

Monday, April 25, 2011 0
Hari ini aku melalui satu peristiwa meeting di mana aku ditugaskan ke SPAN.Hmm..aku rasa macam teruk sangat sebab tak boleh represent SIRIM as a good Certification Body.Ntah ler.Sebab dia hantar budak mentah wakil SIRIM,memang tak reti la nak cakap apa2.Tak mampu.

Tapi esok aku nak lalui interviu SIRIM Berhad untuk mengesahkan jawatan selama 6 bulan aku berkhidmat di SIRIM.Aku takut dan ntah-ntah ape je rasa.Lalui aje tanpa rasa apa2.Harap2 aku ok la esok.Amin.

Rabu aku ada makmal kimia pulak.Dan lepas itu aku akan menghabiskan masa aku untuk menunggu aku qualified as auditor.Aku harap semua ok la.Aku harap sangat2 semua ok.Aku harap aku qualified.Lama giler aku tunggu.Tak sabar la rasanya.Hm..Semoga berjalan lancar.

Saturday, April 23, 2011

Ape plan aku lepas ni?

Saturday, April 23, 2011 0
Semalam banyak coretan aku lakarkan.Semalam aku cuba kembali untuk menguji teknik aku bermain bowling.Sebab hari tu,aku melakarkan 148 dan 158 jatuhan pin.Aku tak pernah mendapat markah setinggi itu.Lepas tu aku pun try another time.Sabtu.Pi la Ole2 nak try la konon.Lepas tu tgok2 ada tournament.Tak puas hati,terus pi ke Summit.Dpat la aku men 2 game.First game tak dapat 100 pun sbb fokus aku nak ajar adik aku main bowling.2nd game aku 100 percent fokus.Perghh..aku dapat 175 jatuhan pin.Itu rekod aku yang paling mantap sekali.So aku puas hati.

Ape plan aku aaa?Ye la dah meningkat tua ni...Huhu..Aku ingat nak pi whitening gigi la.Baru nampak presentable depan client.Lepas tu aku nak gunting rambut la.Selasa ni aku ada interviu la.Lupa lak.Nak pengesahan jawatan.Tapi isnin aku ada meeting ngan SPAN kat cyberjaya.Ishk..Dah la aku oang baru.Ishkkk..Aku pi je la...

Lepas tu ingat nak beli rumah la..Bile ek?Ntah le..Ingat nak beli kat Shah Alam jer.Aku nak beli rumah bawah.Dan aku nak try meningkatkan lagi ketakwaan ku kepada-Nya.Macam Ashraf Muslim.Hmm..aku nak sangat jadi auditor ni.Tapi aku harap aku akan dapat confirm dari SIRIM Berhad selasa ini.Risau giler aku.

Aku ingat nak tutup semua internet aku je ni.Sbb aku rasa ianya sangat melalaikan.Lebih baik main game.Lagi satu,lepas ni mungkin aku just ambil internet yang kat phone,dengan capacity yang ala-ala nak browse web yang penting2 aje..Malas aku nak ada internet.Ntah buang masa aku je.

Hmm..Umur aku 30,aku nak pi umrah la..senang....

Friday, April 22, 2011

Hari yang sakit hati

Friday, April 22, 2011 0
Hari ini aku bekerja macam biasa,First sakit hati adalah bila kerja yang aku submit 3 kali direject.Sakit hati tak?Sedangkan kite dah put lots of effort to it.Still tak diterima.Ntah ler.Aku dah baca prosedur yang digariskan,tp bos ada style die sendiri dan sgt la subjektif utk aku paham.Geram giler sangat2 tadi..Ntah ler...

Lepas tu aku pun pi la nak mintak tandatangan lab owner untuk aku punyer training record.Bersungguh la aku pi berlari ke blok 22,susah payah aku pi jumpa Puan tu,sekali die kata cara aku isi borang tu tak memenuhi kehendak die,sakit hati lagi..Berpeluh2 la aku nak mendapatkan tandatangan die,dia layan aku macam tu.Geram aku.Bengang la.....!!!!!!!!!

Lepas tu,aku pun teruskan kerja aku seterusnya...Sebagai new auditor,aku bersungguh2 la arrangekan jadual makmal Kimia.Aku dah tetapkan hari Rabu.27 ni..sepatutnya benda ni die pun ( new auditor lagi sorang ni ) boleh buat..tp die tak pernah amik tahu,,aku yang tolong susunkan....aku dah susun,,,elok2..lepas tu aku pun suruh sorang new auditor tu tolong follow up kan aje..bukan susah pun!!!!!Bukan susah pun!!!!!Ko follow up aje..Selama ni aku yang buat semua..aku banyak giler bekorban..,,,kalu ada training aku tolong amik projektor....die ingat aku ni kuli die...kami sama2 new auditor...kenapa aku yang selalu jadi mangsa...!!!Kenapa ko langsung taknak ringankan tulang sama-sama membantu..aku tak paham...!!!!!Aku penat la..menyampah..

Thursday, April 21, 2011

Too much to tell

Thursday, April 21, 2011 0
I was in damn tired when i write this entry.Thinking too much on things happened around me influence myself to start to realize facts and realities of myself.

Born as silent person prevents people being warmed and closed to me.At first,i am somebody that really create great wall intended to protect the heart by being insulted of human lips.I was born this way and to protect myself through this undue attention,i create a fake presentation of mine.I'm not who i am whereby my happy and cute little feeling is covered by my own mask.

Allah knows well what i'm thinking.Just hope this passion is worth it and YOU crown us on all burdens on this shoulder must be carried until our last breathe.

Monday, April 18, 2011

Bowling oh bowling!

Monday, April 18, 2011 0
Wow..tadi pi main bowling ngan rakan2 auditor.Aku tak sangka lak yang tadi aku perform giler babi!Dua2 game aku champion...Tips yang Cik Adha kasi kat aku menjadi lak.For the first time in my life,aku mencatatkan keputusan 147 and 159 jatuhan pin!Puas hati...aku tak pernah dapat setinggi tu jatuhan pin!Thank you Cik Adha share the tips with me.Finally,i was the champion.Anak murid kalahkan tok guru.Tak sangka la..

Aku rasa gembira giler...!!!Ishk!!!!!..Happy sangat2!!!!

Friday, April 15, 2011

American Idol

Friday, April 15, 2011 0
Aku tgok american idol.hmm..My feveret for this season is Jacob lusk and Haley Reinhart.Tapi James tu yg menang vote.Boring la camni..!!!So tak berapa best la..nak tgok...

Tadi buat audit,dah habis dan completed.Lagi 2 minggu tak lama lagi mungkin aku dah boleh buat audit.Hopefully aku boleh grad cepat..malas la nak kena assess...Semuanya berakhir..assessment demi assessment aku kena buat..Aku harap ia berakhir dan aku just nak buat sendiri audit tanpa diperhatikan orang lain..penat tul diperhatikan orang...

Wednesday, April 13, 2011

Bengang

Wednesday, April 13, 2011 0
Bengang betul hari ini,untuk melayakkan aku menjadi auditor aku kena attend lab.Yang bengang nye aku kena attend lab bersama-sama dengan sorang lagi new auditor ni.Masalah bile aku nak arrange tarikh,die cakap die tak free.Dah la aku yang tolong manage kan.Aku tau strategi die nak melambatkan aku grad.Ntah aku pun tak tau nak kata ape.

Aku bukan nak menunjuk yang aku ni cepat, masalah nya kalu aku tak abis cepat,aku tak leh pi audit.Maka takde la claim.Aku bukan nak tunjuk bos yang aku ni efektif tapi mmg itu la realitinya.

Kalu nak buat meeting,sape yang amik projector?Aku la sape lagi.Nak harap die.Dia takkan buat punyer.Hanya aku kerana muda daripada die tak semestinya aku ni yang patut jadi mangsa.

Kadang2,kerja2 auditor semua aku kena buat.Kenapa die tak kasi kat auditor lagi satu tu.Ntah.Mungkin die tak bertanggungjawab atas kerja yang orang suruh buat ke atas die.Bile semua orang tengok kerja aku ok,maka semua melihat ke arah aku.Mahu jadikan aku mangsa!Tapi aku hanya menunggu masa,kalu aku dah qualified as auditor, aku dah terikat pada sesiapa,maka aku takkan tolong orang buat kerja mereke.

Itu bukan kerja aku.Kalu bos yang arahkan.Takpe.Ini level aku je.Kenapa aku perlu buat.Hmmm..aku pikirkan sebab aku tak qualified lagi.Kalu aku dah.Jangan harap la aku nak tolong mereka.Kerja mereka kenapa perlu sub pada aku.Buat sendiri la.Ntah.Dalam ofis,semua orang cuba ambil kesempatan.Biarlah.Aku memang akan sentiasa aktif bekerja kerna aku ikhlas berkerja bukan sebab aku nak menunjuk atau mengampu.Aku memberikan apa yang terbaik dari aku.Itu sahaja!

Tuesday, April 12, 2011

Too busy to update

Tuesday, April 12, 2011 0
Limited, rushing, no time and the best wording is busy.That's how i assume myself stucked in a very hectic lifestyle lately.Auditor is my profession and now i begin to feel how busy my work is.Sometimes, i need to perform my tasks in parallel to effectively finish my job on time.

I feel just nice to have this job.It washes my worries away.I have no time to be sad.When put myself in office,my mind automatically get focused on many tasks delayed.No matter how fast i do my job,it won't be settle.Once 1 task completed,two will be added right away.

No matter how limited my time is,i still give my best to hang out with my best friends.Last week i was with them and now im back to kl to continue my routine life as an auditor.I just hope one day, ill be able to contribute a lot to my community especially towards Islam. 

I always hold this principe, my time having fun is over.I just want to do good deeds and never back to my past.I hope Allah will accept my change because i felt so tiny compared to people who really practice their Islamic way of life.My consistency is my struggle point now.I just want to improve over time.ALLAHUAKBAR!

Thursday, March 3, 2011

Jari yang berbicara

Thursday, March 3, 2011 0
Hari ini aku menenggelamkan diri aku dalam satu potong fikiran melayang entah ke mana.Aku ingin mengabdikan blog ini bukan kerana aku mahu ianya terkenal atau menjana pendapatan seperti mana yang telah dibuat oleh orang lain.Pada aku blog ini merupakan tempat kite memahat sejarah seharian yang berlaku pada hari-hari yang tidak mungkin diingati sepenuhnya oleh kotak fikiran kita pada masa-masa yang lama.

Kali ini aku ingin bertanya pada diri aku?Pada umur 27 ini adakah aku sudah cukup amalku?Bolehkah aku diterima sebgai ahli syurga ketika aku menghembuskan nafaas terakhir?

Aku terasa aku adalah memang out untuk Allah terima memandangkan berapa banyak dosa yang telah aku lakukan!Hmm...tapi Islam menggariskan pelbagai cara untuk kita memperbaiki diri agar diterima semula.

Berbuat baik mudah tetapi "meninggalkan yang haram serta membuat yang disuruh oleh-Nya" sukar untuk zaman sekarang?

Satu contoh yang paling mudah aku katakan.Adakah kamu boleh menonton T.V.?Wayang?Hmm..jawab sendiri..realitinya ia adalah haram.Kenapa?Kerana apa yang dipaparkan di dalamnya adalah orang-orang mendedahkan aurat.Mana mungkin kita boleh menonton rancangan-rancangan seegini.Tapi ia sudah menjadi trend skarang.Malahan sewaktu sekolah agama pun kami tidak dilarang menonton televisyen.

Bertanya pada diriku?Adakah aku boleh meninggalkan televisyen?Sukar!Suasana membentuk masyarakat.Hmmm...

Solat 5 waktu?Berapa banyak aku tinggalkan?Hmm..teruk aku!Ntah. 

Biarlah waktu sekarang mendorong aku cuba untuk berubah sikit demi sedikit.Aku cuba!ALLAHUAKBAR!





Sunday, February 27, 2011

Perasaan Gelisah

Sunday, February 27, 2011 0
Setelah beberapa minggu ku rasakan diriku dalam kawalan.Sekarang,ia kembali lagi menghantui aku.Ntah mengapa diri aku mudah terperosok ke dalam perasaan yang membunuh jejak langkahku.Aku tak tahu sejak minggu lalu,perasaan takut dan gelisah kembali menghantuiku.

Tak tau ke mana lagi hendak aku terjemahkan perasaan aku ini.Tak tau ke mana lagi aku nak mengadu.Tuhan?Itu selalu aku lakukan.Tapi terasa yang doaku ini tidak dimakbulkan kerna aku ini slalu membuat dosa adakah Tuhan akan mendengar?Hmm..ku panjatkan tanpa henti tapi tak tahu apa akan terjadi selepas itu.

Aku semakin tertekan dengan apa yang datang menghantui aku selama ini.Kadang-kadang aku hairan bagaimana rakan-rakan lain boleh biasa-biasa sahaja tetapi aku tidak.Aku terlalu memikirkan dan aku pasti ia akan memakan diri sekiranya tidak dirawat.Aku perasan yang aku seorang.Aku kena gerakkan kaki aku seorang tanpa berteman kerana kegembiraan itu tidak tepacul lagi seperti yang aku harapkan.

Kenapa tuhan uji aku seteruk ini?Aku tidak pasti?Dia nak membawa aku ke arah perubahan ke?Tuhan sayang aku ke tidak setelah apa yang aku buat?Ntah.

Aku sudah lama meninggalkan benda ini tetapi perasaan ini semakin tergambar dengan melampaunya sejak akhir-akhir ini terutama sekali ketika aku bangun tidur,sendirian dan ketika memandu.Cepat betul fikiran ku terbayang.Aku takut aku jadi gila sebab benda-benda ini.

Tawakkal ku kepada Allah..dan aku akan  cari rawatan alternatif.Insya-Allah pasti aku sembuh!

Sunday, January 30, 2011

Hmmm..

Sunday, January 30, 2011 0
Im staring at my tv nothing to watch as none of the programmes catch my attention.My ear is really pleasure listening to Rudy's song named Under The Starlight.Like you put yourself in the water with a very sensual and mystic feeling.I just can't stand to contribute to beautify the loved song!

Saturday, January 29, 2011

Gitaris Sang Rudi yg datang membuat lagu

Saturday, January 29, 2011 0
Rudi datang umah i buat lagu.Sodap.Style cam coldplay.Very dark!Wow.Delicious sound!I can't hardly wait to insert my vocal.hUHU!Nanti aku kasi demo kat korang la!Mesti masyuk!

Bil Elektrik mahal?

Mahal giler bil letrik aku kali ini.RM70.duduk dua orang je.Ishk.Tak patot.Lepas ni kena pandai tutup sume lampu kalu kuar rumah.Mahal nak mampos!Ada letrik bocor ke?Ntah ler..

Friday, January 28, 2011

Rezki halal vs rezki haram?

Friday, January 28, 2011 0
Hari ini aku terperasan sesuatu.Aku masih mencari jawapan di manakah arah tuju aku dalam muzik ini?Macam mana kalu band muzik aku jadi!Ntah ler.Macam terasa taknak buat band je.Hmm.tp rudi begitu bersungguh2 dengan aku.Aku tak tau nak cakap camne kat die nnt! Sigh!

Friday, January 21, 2011

Saturday morning

Friday, January 21, 2011 0
Yesterday,Rudy called me to return my guitar cable.He said he was in Shah Alam awaiting with other band  to practice.I guessed this was his another project with other band instead of sticking to his own ,JUTA.I was that time in a big thought wondering myself too loyal to JUTA band while he was freely experimenting with others.Imagine if his project with others are meant to be well hit and triumph , i am sure that he will leave us indeed.Because from the way he is , his goal to be success in music industry.No matter what is coming , i am guaranteed he will no doubt to grab whatever chance in front of him.I must assume that everything could be possible to him.

So i am going to start my solo project.Without noticing him,i will make myself clear that i wont wait for him to do the progress of my music project.I believe that myself also capable to produce good music after few comparison towards my self-composed song and him.I rather to say that my songs are more likable even not appreciated by him.Even skill of guitar is clearly dominated by him,i believe CREATIVITY is still belonged to everybody.I also can give lots of golden ideas toward my solo project.I am so convinced after performing well on last Soundstage battle of the band.I'm going to initiate my solo project focusing not to deviate from Islamic way?How?Nasyid?Not so.Instill the commercial elements without breaking the Islamic rule.Is it possible?Im going to make it happen!Yes! 

Thursday, January 20, 2011

Hukum sembahyang berjemaah

Thursday, January 20, 2011 0
Seketika aku tersentak meng-question my understanding on 'Hukum Solat Berjemaah'.Some say wajib and some say fardhu kifayah je...

Maka aku dulu blaja kat skool arab aku dulu kat Kole katanye wajib kamu ke Masjid sekiranya kamu terdengar azan kecuali disebabkan keuzuran.

Lepas tu tergerak aku nak baca satu ni.


Dalam mazhab Syafie hukum sembahyang berjemaah adalahFardu Kifayah, wajib ke atas semua lelaki yang mampu, namun apabila ada sekumpulan yang melakukankannya, gugurlah kewajipan itu. Ini bersandarkan hadis:
Tidak ada tiga orang (lelaki) dalam sesebuah kampung atau sesebuah desa yang tidak mengerjakan sembahyang berjemaah, melainkan mereka (mudah) dikuasai oleh syaitan (dengan menjadikan mereka mencuaikan perintah syara’); oleh itu hendaklah engkau sentiasa menyatukan diri dengan jemaah (kerana dengan itulah sahaja engkau akan selamat dari angkara syaitan) (Riwayat Imam Ahmad).

Ate selama ni , idok la teman tau gamaknye tak wajib pi sebab fadhu kifayah make teman pi tanya pak ustaz pian,die kate idok la waiib tp bnyak manfaatnye kalu pi jemaah.Hmm..takpe lepah ni teman nak pi aje solat jemaah sbb sonok rasenye same2 ngan sume

Wednesday, January 19, 2011

Lately

Wednesday, January 19, 2011 0
I was so late to find tune.In new place,i try to all out to show my commitment.Now i feel so comfortable with life,colleagues,best friends,bosses and everybody.Audit taught about being talkative and zero silent.To get good life,challenge yourself in every seconds in moment.I dun see anything but now i see myself at front page of their life.

When i do stay here,my feeling is so happy.I'll be staying until my last breathe.I dun want to get trouble,to trouble and be trouble.Myself is responsible to make everybody happy without hunger for their   reply.I must stick to myself to be with Allah.I realized there is lots of excitements waiting for me if i am His good servant.

Ya Allah,I feel no lonely at all when fulfilling your  tasks as your servant.I am tiny but i want to be good and try to improve myself each seconds of my life.I want to be back at Your right lane.Please dont make myself forget you.I am so calm..tHANKs!

  
 
◄Design by Pocket, BlogBulk Blogger TemplatesThe Blog Full of Games;