Wednesday, October 13, 2010

Bos?Pada penilaian aku..

Wednesday, October 13, 2010 0
Dah banyak tempat aku berkerja dan macam2 tempat aku pernah jumpa orang.Orang yang paling perlu di respect adalah bos kita.Kadang2 ada bos yang garang,professional,baik dan pelbagai lagi.

Aku pernah mendapat bos yang paling baik.Bos aku dulu En. Roslan masa kerja di KLIA.Perwatakan nya lemah lembut.Kalu nak marah pun sindiran aje.Mungkin perwatakan dia yang alim membuatkan die sangat senang buat aku.Muka nya pun jernih macam air mutlak suci tanpa was2.

Ada juga yang garang tak bertempat.Pada aku , kalu kamu menjadi bos.jgn la garang sgt..kasi la relevan sikit.Kadang2 bertanya pun di marahi.Pada aku tak patut la.Tempat yang baru untuk orang yang baru sepatutnya berikan peluang orang itu nak catch up.Hmmm...

Tp bila umur dah meningkat dewasa ni,aku mengenali manusia itu dijadikan pelbagai.Ada yang baik hati,ada yang tak relevan.pentingkan diri.ada yang bossy,ada yang dengki,ada yang pendiam.ada nampak baik tapi jahat dan pelbagai.

Mulut manis pun ada.Aku rasa aku ni pendiam di tempat baru.Tetapi aku selalu dapat overcome benda tu sekiranya aku dalam tertekan.Aku relevan pada masa dan keadaan.Kadang pendiam tu memakan diri.Orang pijak kepala kita.Tapi itu lah asam garam dunia.

Untuk esok.aku kena bertindak cepat sbb bos dah marah aku buat keje lambat yakni lambat memulakan lawatan ke kilang dengan jumlah 10 kali lawatan.Kaedahnya aku terpaksa mengikut senior auditor yang aku tak kenal sekiranya mereka membuat siri lawaran.Tetapi adalah sgt sukar untuk mencari titik pertembungan.Bertanya pada orang yang kita tak kenal,adakah mereka willing to ajak aku?Hmm..aku berserah esok.Esok aku akan bertanya sama ada diorang willing to allow me to follow...InsyaAllah..Tuhan tak pernah kecewakan HambaNya....

I  know I can do it tomorrow!!!!

Wednesday, October 6, 2010

Hari ini ok sikit kot!

Wednesday, October 6, 2010 0
Hari ini dah makin ok.Aku dah buat suma nye.Segala2nya dah disettlekan.Kad,kad petrol,kredit kad,safety shoes : semua benda ini kena isi form baru leh dapat .Biasa lah perkerja baru!

Aku terkejar2 baca prosedur company.Aku kena kejar suma ni.Sebab aku kena tahu knowldege itu before aku diberi fail2 untuk dibuat.Dalam masa 2 minggu ini,aku harap aku boleh habiskan.So barulah aku tahu skop kerja aku sebagai AUDITOR!
Banyak ilmu yang perlu ditimba.Yang paling penting,aku akan dapat laptop Kak Bib nak kasi.Alhamdulillah!Baru terpikir nak beli aje.Mana ada duit sgt.Nak tungga laptop baru dari company,tahun depan baru dapat!So makin pening jadinye nanti.Macam mana nak buat kerja kan??Tapi dah ada laptop dari Kak Bib,so ok la lepas ni!

Laptop aku camni ke nanti?Hahaha

Esok awal pagi nak kena photostat standard.Aku kena baca banyak Malaysia Standard barulah confident nak audit kilang.Tapi kena buat cepat2 sbb Kak Bib minta nnt.Aku kena buat copy untuk aku gak nnt.


Untuk band aku ni,aku dah confirmkan mana tempat nak tuju.Ahad ni 8 malam kat Kelana Jaya.Hopefully line up ni serious aa cam aku gak.Aku rasa seronok sikit sebab aku ada banyak benda dalam pikiran sekarang nak buat!Gud luck my line-up!

I want my band to be like this!!!!!!!








Tuesday, October 5, 2010

Hari yang ke berapa?Ntah la

Tuesday, October 5, 2010 1
Hari ini aku pergi kerja di SIRIM lagi.Bila teringat kerja lama yang aku tinggalkan,terasa rindu sangat pada mereka semua.Rindu pada staf KLIA.Sebenarnya perasaan itu akan lenyap bila masa berlalu.Satu benda yang tak boleh lupa ialah keakraban antara teman-teman.Mereka macam keluarga!

Ada sebabnya benda ini terjadi.Ada hikmah yang Allah tuliskan!Aku tunggu sahaja apa yang Dia tulis.Hari ini aku melangkah ke SIRIM dengan menambah kawan.Lega sedikit rasanya.Ada la teman nak ajak makan.Kebetulan Hakim ni adalah orang yang sama dengan interviu aku.So mmg aku dah pernah sembang.So terus la jadi kawan.Dia pun baik budaknya.Ok la tu.   

Aku masih berdebar-debar la takutkan kerja dia adakah perlu ilmu yang mendalam?Hmm..tak tau..kalu banyak kerja pun biarlah kerja itu aku boleh jalankan.So aku tak perlu la nak stress lagi.

Sekarang ni aku perlukan laptop la!!So aku perlu pulang kampung sbb nak amik laptop kat kampung.SIRIM boleh provide tapi ambil masa yang lama.Adoi! Sampai bila aku nak tunggu!!Adoi..Nampaknya kena kuar duit sendiri la.

Esok aku akan tengok rumah baru kat Seksyen 24.Nak masuk tempat baru pun berdebar2 lak.Hmm..Sikit2 la aku kuar dari rumah yang ada sekarang.Bukan nak tinggalkan kawan2 aku yg happening ni,tapi aku dah rasa masanya untuk aku blah dan beranjak ke depan.Aku taknak Daydreaming lagi.

Day dreamer?Hmm















Saturday, October 2, 2010

Hari yang memenatkan!

Saturday, October 2, 2010 0
Hari ini aku terbangun pada pukul 1 a.m.So macam bese la on kom terus la aku.Nothing much to do with this internet for the moment.Cuma hari ini aku kepenatan kerana sehari suntuk aku berjalan.Pagi pukul 7 a.m dah merancang nak pi Pajam rumah Fizi di college height.Disebabkan nak save minyak,aku naik moto je.Perjalanan dari USJ ke Pajam take 1hour 30minit perjalanan.Berakar punggung!Ni sebab aku nak clearkan sume barang2 KLIA yang aku terambil yang masih dalam pegangan aku.

Ada hard disk projek SSM,tag card,mouse HP.Tu je.So aku taknak la simpan mende tu.Bukan hak aku.So aku kasi balik la.Sebab tu aku bertungkus lumus pi Pajam.Nak pass kat si Fizi barang2 tu.Then pukul 2 p.m aku kena pi servis kereta.Habis 212 semuanya.Penat aku tunggu,pukul 5.30 ptg baru settle.

Aku suruh die cek brake sbb bunyi.Seems tak betul2 pun?Hampeh giler!Hmm..Aku nak hantar balik la.Brake tak betul lagi.Aku risau sbb tu la harta yang berhutang yang aku kena bayar bulan2 dalam amaun yang besar.Aku tak suke hutang2 ni.Ntah ler.

Nanti kena beli laptop lak!Nanti nak kena beli amp gitar pulak!Ishk!Semua tu nak hutang ke?Amp tu ok lagi la kot sbb baru 2 rat je tp laptop mahal tu.Tak larat la camni!

Aku nak beli yang cikai aje..kalu ok,upgrade la later!


Aku harap kalau jadi aku punyer band ni,hope leh generate money.We are going to make serious bisnes in music.I hope aku boleh inject value in our partner ship.Aku consider ni macam pelaburan aku la.Tak kesah.Between aku nyer passion.

I just love what im doing so far!I wish all the best and aku nak pi solat Isya.Tak solat lagi.Baru bangun ney!

Friday, October 1, 2010

Hari ini hari yang ntah apa apa ntah la!

Friday, October 1, 2010 0
Apabila kita memasuki tempat yang baru,satu perasaan muncul tiba-tiba.Perasaan yang tak tentu.Aku takut tersalah buat pilihan sebab tempat kerja aku yang lama sangat rileks.Hmm..berdebar2.Aku naik ke atas seksyen yang menerima aku dan aku dapati staff nyer baik aje.Tapi aku tak kisah dah ape mereka nak cakap pasal aku kalau melihat aku ni sombong ke ape?Sbb aku ni very shy person!Hik3&%$#!Nak buat camana..macam tu lah aku..jgnlah salahkan aku..dah camtu pembawakan aku dari dulu lagi

Makanya,aku naik ke meja aku,aku baca la standard2 manufacturing yang ada.Ada berkenaan ngan kerja aku.So aku baca la.Aku tak tau ape yang aku baca..Nasib baik bos cakap aku kena training intensively..ok la tu..so aku tak takut sgt la.

Lepas tu aku pun pi blok 8.Pi tempah jaket SIRIM.Cantik gak!Perasaan tu berdebar2 giler tentang kerja baru ini tp aku akan terima ape jua halangan nya.Aku akan belajar sungguh sampai aku dapat.Aku malas nak tukar kerja sbb aku nak fokus pada benda lain pulak.

Hari ni lineup band aku dah full.So its time untuk aku merancang plan seterusnya.Untuk berkumpul,aku rasa itu the best way untuk cari idea.Aku memikirkan untuk memacu band ni ke depan.Kalu ade rezki,aku nak tgk kami buat profit.Genre mesti ditentukan.So aku rasa hanya high range aje boleh memberi khabar kepada orang bahwa "we are here people!!Please noted!!Support us!!"

People , we were born to make u crazy !!!!!



















.
 
◄Design by Pocket, BlogBulk Blogger TemplatesThe Blog Full of Games;